MNP @ KEKAL KAN NOMBOR LAMA

Simkad jenis MNP ini adalah untuk anda kekalkan nombor telefon anda sedia ada tetapi berpindah penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang digunakan sekarang (seperti Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile, Tune Talk etc) kepada ONEXOX.

Selepas melakukan MNP, anda akan terus mengekalkan penggunaan nombor telefon yang sama tetapi hanya cuma perlu menukarkan simkad yang digunakan sekarang kepada simkad ONEXOX.

Walaubagaimanapun, sebelum anda membuat pembelian simkad jenis MNP ONEXOX ini, berikut adalah syarat dan keperluan bagi proses MNP yang perlu anda semak dah fahamkan:-

  1. Nombor telefon yang anda gunakan haruslahdidaftarkan atas Nama dan Nombor IC yang diketahui pemiliknya (iaitu maklumat anda sendiri). Sekiranya nombor telefon yang anda gunakan adalah didaftarkan atas nama orang lain seperti nama isteri, maka proses pendaftaran MNP haruslah menggunakan butiran isteri anda. Anda boleh memohon pertukaran maklumat pemilik hanya SELEPAS proses MNP selesai.
  2. Nombor telefon tersebut tidak terikat dengan apa - apa kontrak telco sedia ada. Anda perlu semak dengan pihak telco tersebut untuk mendapatkan kepastian.
  3. Jika nombor telefon anda adalah jenis "prepaid", maka anda perlu memastikan nombor telefon tersebut masih dalam keadaan aktif (kredit belum expired untuk tempoh 3 - 5 hari sewaktu proses MNP dilakukan).
  4. Sekiranya kredit simkad anda masih banyak, gunakan terlebih dahulu dan tinggalkan baki sekurang - kurangnya RM1.00. Kredit dari telco lama tidak boleh dipindahkan ke ONEXOX.
  5. Sebaliknya jika nombor telefon anda adalah jenis "postpaid", maka anda perlu memastikan segala bil semasa telahpun dijelaskan terlebih dahulu sebelum proses MNP boleh dilakukan.
  6. Proses MNP akan mengambil masa dari 1 hari sehingga kepada maksimum 5 hari bekerja. Proses ini bergantung kepada "kecepatan" pihak penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada melepaskan permohonan nombor telefon anda untuk berpindah ke ONEXOX. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau. Nombor telefon anda tetap boleh digunakan ketika proses ini dijalankan.
  7. Jangan lupa untuk melakukan backup atau menyalin nombor telefon yang disimpan di dalam simkad telco lama (sekiranya ada).

Sekiranya anda sudah menyemak dan memahami syarat dan terma diatas, maka jom kita teruskan kepada proses tempahan dibawah:-

BELI SIMKAD MNP SEKARANG

SimpleBiz

SimpleBiz
  • DYSD33775
  • 0172110211
  • 0172110211
  • Simplebiz
  • Facebook

Facebook